Wednesday, April 6, 2011

Ammar & CD

Salam,

baru2 nih dok tgk ramai para ibu m'gunakan CD...so aku pun beli la...utk ammar..lama dah b'hajat nak beli..tp x sampai seru lg...hahaha..so jenuh gak ler..dok survey..maklumla..kena survey dulu..jgn main hentam jer nak beli...last2 aku dapat gak dr 1 blog nih..yg ak ada buat promotion..so apa lg aku pun beli la..maklumla...kita kena gak usaha utk selamatkan bumi..hihi..tp sebenarnya save cost..hahaha..nak kena budget gak..dulu yer la..ber2..skrg nih ada anak..ber3...so apa2 pun anak mesti diutamakan dulu..mak bapak x mkn pun x pa...itu la...perasaan kita bila ada anak...nih...kira aku dpt yg paling murah la dok survey..bawah rm20..yg kat blog lain ..semua rm24++....hahaha....
http://bongbongidea.blogspot.com/ )

aku beli 3 utk ammar....wahh...seronok jugak pakai CD nih..cuma tang nak cuci kalo ammar melepaskan hajat yg besar jer..leceh sikit,...tp x pa..demi anak x kisah ler....



 ini model kecik yg x berbayar..hahaha....

so, pakai CD nih ada kebaikan ler....jimat ler..duit dok beli pampers tiap2 bulan..hihi...tp ammar pakai kat umah jer..kat umah pengasuh still pampers....
ok ler..cukup utk kali nih..jumpa lg....next entry...

oppsss lupa..nih aku ada copy dr blog org lain bab kebaikan CD
http://littlekhalis.blogspot.com

Kenapa pilih cloth diapers? Ada banyak sebab. Cloth diapers lebih lembut pada kulit bayi anda. Cloth diapers juga bebas daripada sebarang bahan kimia yang terkandung di dalam disposable diapers.


Lebih Selesa
Saya percaya keselesaan adalah sebab yang paling penting kenapa memilih cloth diapers. Cloth diapers diperbuat daripada jenis fabric yang berudara yang mampu memberi kelembutan kepada si manja anda. Cloth diapers tidak mempunyai plastik atau bahagian kertas yang boleh melukakan kulit bayi anda. Cloth diapers kini juga lebih cantik dipandang kerana terdapat dalam pelbagai jenis warna dan corak yang menarik. Adakah anda perasan apa yang disiarkan oleh jenama iklan disposable? Lapisan luaran “seperti-kain” – mereka juga tahu kain adalah yang paling selesa!


Menjimatkan
Menggunakan cloth diapers lebih menjimatkan dan menguntungkan berbanding lampin pakai buang. Walaupun untuk belian pertama memerlukan belanja yang tinggi, anda akan tetap dapat menjimatkan wang untuk jangka masa panjang kerana cloth diapers boleh bertahan beberapa tahun. Bukan saja bertahan lama tapi lebih kerap anda mencucinya, lebih tinggi daya serapan. Pastinya ini tak boleh berlaku pada lampin pakai buang, kan? Ok, katakan dengan menggunakan lampin pakai buang:





Bil hari
Harga seunit
Kuantiti
Harga
1
RM0.60
6RM 3.60
365
RM0.60
365 x 6RM 1, 314.00
3 tahun
RM0.60
3 x 365 x 6RM 3, 942.00




Sebagai tambahan, cloth diapers boleh disimpan untuk anak anda seterusnya ataupun dijual semula sebagai permulaan simpanan. JIMATKAN??!!


Sihat – tiada lagi ruam
Dengan cloth diapers ini si manja tidak mudah dijangkiti ruam. Ini kerana fabrik yg digunakan membenarkan pengaliran udara di dalam cloth diapers jadi si manja akan rasa lebih selesa dan segar. Tidak seperti lampin pakai buang yang menggunakan bahan terpakai seperti bahan kimia, kertas, dan plastik. Cloth diapers adalah pilihan yang lebih bersifat natural. Lagipula, anak anda akan cepat sedar perbezaan antara basah dan kering. Ini kerana cloth diapers kurang menyerap berbanding lampin pakai buang, bukan ke satu perkara yang baik?! Cloth diapers biasanya akan mula terasa basah selepas purata 4 jam selepas dipakai sedangkan lampin pakai buang menyembunyikan kebasahan. Takkan anda nak biarkan anak anda berendam dengan najis untuk masa yang lama. Oh tidak..!


Mesra Alam
Lampin pakai buang akan tinggalkan sisa buangan dan pencemaran bermula daripada pengeluar kepada pengguna. Dianggarkan secara puratanya 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap tahun, itu belum kira pembuangan dari hasil pengeluaran dan pemprosesan. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah kerana adanya najis. Sedangkan jika menggunakan cloth diaper, semua najis akan dibuang ke tempat sepatutnya iaitu dalam mangkuk tandas. Lagipun, semua produk yang berasaskan kain jika sampai kepada penghujung jangka hayat boleh digunakan sebagai kain buruk dan akhirnya ia mudah terurai dan kembali pada tanah.


Mudah
Ramai ibu bapa yang fikir cloth diapers memerlukan banyak kerja. Sebenarnya tidak, lampin kain moden sangat mudah untuk digunakan semudah lampin pakai buang, begitu juga dengan penjagaan cloth diapers. Kebanyakan jenis cloth diapers mempunyai bahagian kaki dan pinggang yang bersifat elastic jadi ia berfungsi sama sahaja seperti lampin pakai buang.


Bertahan Lama seperti Lampin Pakai Buang
Cloth diapers boleh bertahan sama seperti lampin pakai buang biasa 3 hingga 4 jam. Malah kalau anda inginkan waktu yang lebih lama, anda boleh masukkan 2 insert dalam satu masa. Dengan ini cloth diapers boleh bertahan sehingga 7 hingga 8 jam. Amat sesuai untuk dipraktikkan pada waktu malam.

2 comments:

  1. wah kak.....cam promoter la yer....he he he....bagus-bagus gak..ilmu kena sher....:)

    ReplyDelete
  2. hihi..sal....akak pun nak try gak..dok tgk org lain guna..so try buat experiment kat ammar..hahah

    ReplyDelete