Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, July 12, 2012

Al-Fatihah....anak pakcik..sefelda aku....


Al-Fatihah.....

Dua beradik maut kereta rempuh babi hutan

IPOH: Dua beradik terbunuh apabila kereta mereka merempuh seekor babi hutan lalu terbabas dan melanggar tembok di Km78.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manaf Baharum berkata, mangsa yang terbunuh ialah Dzularif Abdullah, 19, dan adiknya Norwahida, 15. Mereka berasal dari Felda Lawin Utara, Gerik.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai berniaga di Selat Pagar, Lenggong.

"Ketika sampai di tempat kejadian, seekor babi hutan dikatakan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta yang dipandu Dzularif gagal dikawal lalu merempuh haiwan berkenaan," katanya ketika dihubungi.


Abdul Manaf berkata, kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh tembok di tepi jalan menyebabkan kedua-duanya cedera parah di muka dan badan.

Kedua-dua mangsa meninggal ketika dikejarkan ke sebuah klinik di Lawin untuk mendapat rawatan. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12

No comments:

Post a Comment